Cara pengendalian pokok Markisa

Bagi tanaman pokok markisa, ia
mempunyai pelbagai kaedah propagasi walaupun ianya memiliki batang yang
menjalar. Antaranya adalah BIJI BENIH,
yang mana akan tumbuh selepas dua minggu disemai. Jika semai menggunakan biji
benih, gunakan tanah yang memiliki peratusan bahan organic yang tinggi. Setiap
polibeg saiz (10cm X 15cm) berisi dua biji benih, dan pokok markisa boleh
tumbuh subur dalam pelbagai jenis tanah dengan saliran yang baik dengan nilai
pH 6.0. Ia juga sesuai ditanam di atas batas.
Gemburkan tanah. Gaulkan tanah
dengan 1 kg tinja lembu atau tanah organik.
Biarkan sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum menanam anak pokok markisa. Anak
pokok sedia untuk dialih apabila tinggi mencapai 15 hingga 25 cm. Selepas itu,
anak benih yang tersedia boleh ditanam terus di pangkal tiang kayu sokong dan
yang telah diberikan baja organik serta MOP pada kadar sesuai. Anak benih akan
merambat naik melalui tiang kayu. Hendaklah pastikan pokok menjalar dengan
seimbang diatas para. Jika perlu, lakukan cantasan pembentukan agar pembahagian
tunas baru akan terbentuk dan tidak terlalu rapat pertumbuhannya. Tunas-tunas
yang jatuh kebawah perlu dipotong atau diasuh agar ianya menjalar dalam keadaan
horizontal.


Penanaman pokok markisa juga boleh menggunakan
kaedah MENGETUT. Biasanya, jenis buah
Markisa Ungu lebih mudah untuk dibuat proses tut berbanding dengan jenis buah
Markisa Kuning yang mana batang kayunya agak keras. Dalam penanaman merkisa
secara komersial, para mendatar beberbentuk T digunakan. Dalam pancang mencacang pula, satu siri tiang
7.5 cm X 10 cm setinggi 2.5 m dipacak dengan jarak 3 m dalam barisan. Perlu
disediakan juga kawasan yang telah dibajak dan pastikan membuat saliran yang
sempurna kerana pokok markisa tidak tahan dalam keadaan terendam. Pasangkan
kayu sokong dengan menggunakan tiang kayu beruti dengan ketinggian 21.8 - 2.0
meter. Tiang kayu ditanam sedalam 60 cm dan tiga dawai (galvanised wire) nombor
10(keatas) diregangkan sepanjang barisan.
Satu dawai di bahagian atas tiang, satu dawai 50 cm di bawai dawai
pertama dan 50 cm di bawah dawai ke dua.
Dawai di lalukan melalui lubang di tengah tiang. Hujung dawai diregangkan supaya dapat
menampung berat tanaman dan buah. Setiap
para (dawai) adalah sepanjang 100 m dipasang dari arah yang mendapat cahaya
suria sebanyak mungkin dan ini juga membenarkan batang markisa menjalar kelak (Trellis system). Jarak penanaman
disyorkan 2.5 m x 3.0 m bergantung kepada keadaan topograpi, cuaca dan
bergantung kepada kesesuaian untuk membuat pengurusan.
