Friday, July 31, 2015

Cara pengendalian pokok Gajus


Bagi tanaman pokok gajus, kaedah propagasinya boleh dibuat dengan menggunakan kaedah cantuman matatunas dan semaian biji benih. Bagi pembiakan secara semaian biji benih, biji gajus dari pokok yang baik bakanya dijemur dua hingga tiga hari sebelum ditanam di dalam petak semaian yang mengandungi pasir sungai. Pertumbuhan pokok gajus adalah jenis pokok yang tumbuh dengan lambat dan perlahan. Kaedah penanaman adalah dengan menyediakan anak benih daripada biji bernas disemai didalam polibeg. Apabila anakbenih sedia untuk dialihkan keladang ia perlu mencapai saiz yang sesuai. Kaedah mudah menanam gajus secara tradisional adalah dengan meletakkan beberapa bijibenih gajus diletak dalam satu lubang dan apabila anak benih tumbuh baru atau mula mengeluarkan dua atau tiga helai daun, pemilihan dilakukan untuk membuang anak benih yang kurang subur dan anak pokok dipindahkan ke dalam polibeg.


Seterusnya ialah pembiakan pokok gajus dengan menggunakan kaedah cantuman matatunas.  Kaedah cantuman matatunas ini memerlukan pokok penanti berumur tiga hingga tujuh bulan, ranting matatunas dari pokok yang diketahui baik bakanya, pisau cantuman dan pembalut lutsinar.  Teknik mencantum yang betul dapat menentukan daun baru tumbuh di matatunas yang telah dicantum. Setelah cantuman matatunas dan semaian bijibenih yang dibiak telah hidup dengan baiknya, ia perlu diberikan naungan dan penjagaan yang sempurna selama lapan hingga 12 bulan sebelum sesuai ditanam di kebun. Apabila hendak memindahkan anak pokok ke kebun,jarak tanaman di syorkan adalah 10m x 10m pada peringkat awal dimana lazimnya kemudian dijarakkan kepada 20 m x 20 m selepas berumur 10 tahun. Kepadatan pokok sebanyak 250 pokok sehektar.


Ada juga kaedah pembiakan tanaman gajus dengan menggunakan 'grafting', 'air layering' dan juga 'inarching' dijalankan, namun peratusan kejayaannya agak tipis. Kerana mengubah anak benih semaian pokok gajus juga tidak begitu mudah kejayaannya.


Thursday, July 30, 2015

Cara pengendalian pokok Markisa





Bagi tanaman pokok markisa, ia mempunyai pelbagai kaedah propagasi walaupun ianya memiliki batang yang menjalar. Antaranya adalah BIJI BENIH, yang mana akan tumbuh selepas dua minggu disemai. Jika semai menggunakan biji benih, gunakan tanah yang memiliki peratusan bahan organic yang tinggi. Setiap polibeg saiz (10cm X 15cm) berisi dua biji benih, dan pokok markisa boleh tumbuh subur dalam pelbagai jenis tanah dengan saliran yang baik dengan nilai pH 6.0. Ia juga sesuai ditanam di atas batas.  Gemburkan tanah.  Gaulkan tanah dengan 1 kg tinja lembu atau tanah organik.  Biarkan sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum menanam anak pokok markisa. Anak pokok sedia untuk dialih apabila tinggi mencapai 15 hingga 25 cm. Selepas itu, anak benih yang tersedia boleh ditanam terus di pangkal tiang kayu sokong dan yang telah diberikan baja organik serta MOP pada kadar sesuai. Anak benih akan merambat naik melalui tiang kayu. Hendaklah pastikan pokok menjalar dengan seimbang diatas para. Jika perlu, lakukan cantasan pembentukan agar pembahagian tunas baru akan terbentuk dan tidak terlalu rapat pertumbuhannya. Tunas-tunas yang jatuh kebawah perlu dipotong atau diasuh agar ianya menjalar dalam keadaan horizontal.





Penanaman pokok markisa juga boleh menggunakan kaedah MENGETUT. Biasanya, jenis buah Markisa Ungu lebih mudah untuk dibuat proses tut berbanding dengan jenis buah Markisa Kuning yang mana batang kayunya agak keras. Dalam penanaman merkisa secara komersial, para mendatar beberbentuk T digunakan.  Dalam pancang mencacang pula, satu siri tiang 7.5 cm X 10 cm setinggi 2.5 m dipacak dengan jarak 3 m dalam barisan. Perlu disediakan juga kawasan yang telah dibajak dan pastikan membuat saliran yang sempurna kerana pokok markisa tidak tahan dalam keadaan terendam. Pasangkan kayu sokong dengan menggunakan tiang kayu beruti dengan ketinggian 21.8 - 2.0 meter. Tiang kayu ditanam sedalam 60 cm dan tiga dawai (galvanised wire) nombor 10(keatas) diregangkan sepanjang barisan.  Satu dawai di bahagian atas tiang, satu dawai 50 cm di bawai dawai pertama dan 50 cm di bawah dawai ke dua.  Dawai di lalukan melalui lubang di tengah tiang.  Hujung dawai diregangkan supaya dapat menampung berat tanaman dan buah.  Setiap para (dawai) adalah sepanjang 100 m dipasang dari arah yang mendapat cahaya suria sebanyak mungkin dan ini juga membenarkan batang markisa menjalar kelak (Trellis system). Jarak penanaman disyorkan 2.5 m x 3.0 m bergantung kepada keadaan topograpi, cuaca dan bergantung kepada kesesuaian untuk membuat pengurusan.