Friday, July 31, 2015

Cara pengendalian pokok Gajus


Bagi tanaman pokok gajus, kaedah propagasinya boleh dibuat dengan menggunakan kaedah cantuman matatunas dan semaian biji benih. Bagi pembiakan secara semaian biji benih, biji gajus dari pokok yang baik bakanya dijemur dua hingga tiga hari sebelum ditanam di dalam petak semaian yang mengandungi pasir sungai. Pertumbuhan pokok gajus adalah jenis pokok yang tumbuh dengan lambat dan perlahan. Kaedah penanaman adalah dengan menyediakan anak benih daripada biji bernas disemai didalam polibeg. Apabila anakbenih sedia untuk dialihkan keladang ia perlu mencapai saiz yang sesuai. Kaedah mudah menanam gajus secara tradisional adalah dengan meletakkan beberapa bijibenih gajus diletak dalam satu lubang dan apabila anak benih tumbuh baru atau mula mengeluarkan dua atau tiga helai daun, pemilihan dilakukan untuk membuang anak benih yang kurang subur dan anak pokok dipindahkan ke dalam polibeg.


Seterusnya ialah pembiakan pokok gajus dengan menggunakan kaedah cantuman matatunas.  Kaedah cantuman matatunas ini memerlukan pokok penanti berumur tiga hingga tujuh bulan, ranting matatunas dari pokok yang diketahui baik bakanya, pisau cantuman dan pembalut lutsinar.  Teknik mencantum yang betul dapat menentukan daun baru tumbuh di matatunas yang telah dicantum. Setelah cantuman matatunas dan semaian bijibenih yang dibiak telah hidup dengan baiknya, ia perlu diberikan naungan dan penjagaan yang sempurna selama lapan hingga 12 bulan sebelum sesuai ditanam di kebun. Apabila hendak memindahkan anak pokok ke kebun,jarak tanaman di syorkan adalah 10m x 10m pada peringkat awal dimana lazimnya kemudian dijarakkan kepada 20 m x 20 m selepas berumur 10 tahun. Kepadatan pokok sebanyak 250 pokok sehektar.


Ada juga kaedah pembiakan tanaman gajus dengan menggunakan 'grafting', 'air layering' dan juga 'inarching' dijalankan, namun peratusan kejayaannya agak tipis. Kerana mengubah anak benih semaian pokok gajus juga tidak begitu mudah kejayaannya.


No comments:

Post a Comment