Sunday, August 2, 2015



Cara pengendalian pokok Cili 



   Bagi tanaman cili, kaedah propagasinya boleh dibuat dengan semaian biji benih dan penanaman keratin batang. Memandangkan cili memiliki pelbagai variasi, jadi ketahanannya terhadap penyakit dan perosak bergantung kepada jenis/variasi apa yang ingin ditanam.


   Kaedah propagasi menggunakan semaian biji benih, ianya boleh ditanam di dalam bekas/pasu dan boleh juga terus tanam di lading. Sekiranya menggunakan bekas/pasu, gunakan tanah campuran nisbah (3:1:1) yang terdiri daripada 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir.  Isikan bekas/pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 2-5 cm (1-2 inci) dari permukaan bekas/pasu. Semai terus 3 atau 4 biji benih ke dalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm (1 inci).  Tinggalkan hanya sepokok. Seterusnya, jika semaian benih hendak ditanam di ladang, tanah di tapak hendaklah ditabur kapur, dibajak dan digemburkan sedalam 15 hingga 22 cm (6-19 inci).  Sediakan batas berukuran 1.2m (4 kaki) lebar dan 22 hingga 30 cm (9-12 inci) tinggi.  Panjang batas mengikut keadaan kawasan.  Jarak antara batas ialah 45 cm (1.5 kaki).  Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25 kg bagi 50 meter persegi (500 kaki persegi) kawasan. Sekiranya biji benih hendai disemai dahulu, biji benih boleh ditanam dalam bekas semaian yang berisi dengan tanah campuran nisbah (3:1:1) yang mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir.  Semai 5 gm biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapisan nipis tanah.  Jarak tanaman ialah 2-5 cm (1-2 inci) antara baris dan 2 cm (1 inci) antara pokok.  Siram dengan penyiram yang mempunyai semburan halus dua kali sehari.  Bekas  semaian mesti dilindungi daripada cahaya matahari dan air hujan yang berlebihan.  Ubah anak benih ke ladang atau ke pasu 3 hingga 4 minggu selepas disemai.  Sebelum diubah ke ladang, dedahkan anak benih kepada cahaya matahari selama 3 hingga 4 hari untuk mengeraskannya. Bagi anak benih yang berumur 6 minggu boleh diubah terus ke batas.  Sebelum mencabut, basahkan bekas semaian supaya anak benih senang digali.  Kemudian, gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas.  Jarak tanaman ialah 90 cm (30 inci) antara pokok dan 150 cm antara baris.




   Kaedah propagasi penanaman cili menggunakan keratang batang pula, ia bergantung pada jenis/variasi kerana struktur dan ketahanan pokok cili berlainan mengikut jenisnya. Semaian keratan batang dilakukan adalah bertujuan untuk memiliki cili yang digemari menghasilkan buah yang segera dan memiliki pokok yang renek yang sesuai sebagai hiasan dalam masa yang sama. Langkah untuk penanaman cara ini adalah menggunakan potongan keratan berbatang muda. Batang yang tua mempunyai kulit mati dan akar baru tidak akan tumbuh. Buang daun yang besar pada keratan batang muda tadi untuk mengkurangan kadar transpirasi. Buang semua buah atau bunga kerana bunga dan buah akan menggunakan banyak tenaga.  Pokok yang baru disemai dari batang perlu tumpu segala sumber untuk menghasilkan akar. Penggunaan hormone pengakaran adalah digalakkan kerana ianya mempercepatkan lagi kadar pengeluaran akar. Ini adalah perkara asas yang mesti diikuti. Tapi kalau tanah/medium yang diguna serasi, tiada hal. Boleh semai keratan yang ada bunga.  Buah hijau akan mula membesar dan ranum.



No comments:

Post a Comment