Cara pengendalian pokok Cili
Bagi tanaman cili, kaedah propagasinya boleh
dibuat dengan semaian biji benih dan penanaman keratin batang. Memandangkan cili
memiliki pelbagai variasi, jadi ketahanannya terhadap penyakit dan perosak
bergantung kepada jenis/variasi apa yang ingin ditanam.
Kaedah propagasi menggunakan semaian biji
benih, ianya boleh ditanam di dalam bekas/pasu dan boleh juga terus tanam di lading.
Sekiranya menggunakan bekas/pasu, gunakan tanah campuran nisbah (3:1:1) yang
terdiri daripada 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1
bahagian pasir. Isikan bekas/pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga
2-5 cm (1-2 inci) dari permukaan bekas/pasu. Semai terus 3 atau 4 biji benih ke
dalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm (1 inci). Tinggalkan hanya sepokok. Seterusnya,
jika semaian benih hendak ditanam di ladang, tanah di tapak hendaklah ditabur
kapur, dibajak dan digemburkan sedalam 15 hingga 22 cm (6-19 inci).
Sediakan batas berukuran 1.2m (4 kaki) lebar dan 22 hingga 30 cm (9-12 inci)
tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas
ialah 45 cm (1.5 kaki). Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25 kg bagi 50
meter persegi (500 kaki persegi) kawasan. Sekiranya biji benih hendai disemai
dahulu, biji benih boleh ditanam dalam bekas semaian yang berisi dengan tanah
campuran nisbah (3:1:1) yang mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam
reput dan 1 bahagian pasir. Semai 5 gm biji benih ke dalam kotak semaian
secara barisan dan tutup benih dengan lapisan nipis tanah. Jarak tanaman
ialah 2-5 cm (1-2 inci) antara baris dan 2 cm (1 inci) antara pokok.
Siram dengan penyiram yang mempunyai semburan halus dua kali sehari. Bekas
semaian mesti dilindungi daripada cahaya
matahari dan air hujan yang berlebihan. Ubah anak benih ke ladang atau ke
pasu 3 hingga 4 minggu selepas disemai. Sebelum diubah ke ladang,
dedahkan anak benih kepada cahaya matahari selama 3 hingga 4 hari untuk
mengeraskannya. Bagi anak benih yang berumur 6 minggu boleh diubah terus ke
batas. Sebelum mencabut, basahkan bekas semaian supaya anak benih senang
digali. Kemudian, gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus
ke batas. Jarak tanaman ialah 90 cm (30 inci) antara pokok dan 150 cm
antara baris.
Kaedah propagasi penanaman cili menggunakan keratang
batang pula, ia bergantung pada jenis/variasi kerana struktur dan ketahanan
pokok cili berlainan mengikut jenisnya. Semaian keratan batang dilakukan adalah
bertujuan untuk memiliki cili yang digemari menghasilkan buah yang segera dan
memiliki pokok yang renek yang sesuai sebagai hiasan dalam masa yang sama. Langkah
untuk penanaman cara ini adalah menggunakan potongan keratan berbatang muda.
Batang yang tua mempunyai kulit mati dan akar baru tidak akan tumbuh. Buang
daun yang besar pada keratan batang muda tadi untuk mengkurangan kadar
transpirasi. Buang semua buah atau bunga kerana bunga dan buah akan menggunakan
banyak tenaga. Pokok yang baru disemai dari batang perlu tumpu segala
sumber untuk menghasilkan akar. Penggunaan hormone pengakaran adalah digalakkan
kerana ianya mempercepatkan lagi kadar pengeluaran akar. Ini adalah perkara
asas yang mesti diikuti. Tapi kalau tanah/medium yang diguna serasi, tiada hal.
Boleh semai keratan yang ada bunga. Buah hijau akan mula membesar dan
ranum.